Snowman iaitu studio di sebalik permua Alto’s Adventure dan Alto’s Adyssey kini telah melancarkan permua baharu secara eksklusif dengan Netflix Games iaitu Laya’s Horizon.

Permua ini merupakan sebuah permainan pengembaraan di mana watak boleh terbang di lokasi yang cantik, sedap mata memandang sambil meditasi untuk kebebasan diri.

Dalam permua ini anda akan bermain sebagai Laya yang ingin mencari jalan merungkai kuasa kuno mantel Windfolk. Sepanjang pengembaraan pelbagai skil boleh dipelajari. Cara kawalan permua ini juga unik kerana menggunakan jari sahaja untuk terbang di dunia baharu.

Menurut Snowman, permua yang digelar sebagai permainan Wingsuit ini bukan sesuatu yang baharu. Elemennya sudah pun diperkenalkan dalam permua Alto sebelum ini. Cuma dalam Laya’s Horizon fokus permainan adalah watak perlu sentiasa terbang.

Laya’s Horizon sudah boleh dimuat turun melalui gedung aplikasi Apple App Store atau Google Play Store. Akaun Netflix diperlukan untuk pengalaman bermain yang penuh mengasyikkan.

Muat Turun – Laya’s Horizon di Google Play Store

Muat Turun – Laya’s Horizon di Apple App Store

Sohor Kini