TGV telah mengumumkan yang cawangan terbaru mereka mereka TGV Pavilion Bukit Jalil memulakan operasi mereka hari ini dengan tayangan pertama adalah pada pukul 5 petang ini.
Berdasarkan laman TGV, hanya terdapat dua filem iaitu Ponniyin Selvan: Part 2 dan The Super Mario Bros. Movie dengan tambahan filem akan disertakan bermula esok.
Pavilion Bukit Jalil sebelum ini menyatakan Dadi Cinema yang akan membuka cawangan di tempat tersebut, seperti di Pavilion Bukit Bintang, tetapi kini telah ditukar dengan TGV.
TGV Pavilion Bukit Jalil terletak di Tingkat 5, Zon Oren.