Akhirnya Disney berkongsi treler filem animasi baharu mereka Wish. Sebuah filem animasi 3D dengan bentuk animasi 2D yang mengisahkan Asha di lokasi fiksyen baharu Rosas.
Dalam filem ini Asha adalah seorang yang idealis dan beliau telah melakukan hajat yang sangat berkuasa sehingga dijawab oleh tenaga kosmik yang paling berkuasa iaitu Star sejenis bintang hajat. Asha ditemani oleh kambing beliau Valentino dan perlu menentang King Magnifico yang ingin mendapatkan Star.
Dalam treler filem ini kelihatan seakan Disney cuba mengembalikan bentuk animasi klasik mereka ke dunia moden. Ia kelihatan seakan satu kisah yang klise mengenai seorang puteri dengan raja yang jahat. Dalam treler animasi nampak aneh tetapi mengharapkan filem ini akan menjadi hebat kerana diarahkan oleh pengarah menang Oscar iaitu Chris Buck.
Asha dilakonkan oleh Ariana DeBose (West Side Story), Valentino adalah Alan Tudyk dan King Magnifico pula disuarakan oleh Chris Pine. Produksi filem ini turut dijayakan oleh orang yang sama pernah terlibat dengan filem Frozen dan Frozen 2.
Wish dijadualkan untuk ditayangkan pada 22 November nanti.