Filem terakhir Hunger Games adalah Mockingjay – Part 2 yang ditayangkan pada tahun 2015 iaitu 8 tahun lepas. Tahun ini filem baharu akan ditayangkan iaitu The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes. Filem ini merupakan sebuah kisah prekuel yang memfokuskan kisah Coriolanus Snow.

Menurut sinopsis filem, The Ballad of Songbirds & Snakes berlaku 64 tahun sebelum kisah Katniss Everdeen dan berpuluh tahun sebelum Snow menjadi presiden kepada Panem. Dalam filem ini Snow dilakonkan oleh Tom Blyth yang menjadi waris keluarga Snow terakhir yang tidak lagi disanjungi.

Snow ditugaskan untuk menjadi mentor kepada Lucy Gray Baird lakonan Rachel Zegler wakil District 12. Mereka berdua kemudiannya menjadi harapan bahar untuk Panem. Dalam treler kita boleh lihat banyak aksi menarik dalam permainan Battle Royale yang akan meragut nyawa serta elemen politik Panem.

Filem ini akan ditayangkan pada 17 November nanti.

Sohor Kini