Transformers: Rise Of The Beast adalah filem Transformers baharu yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 8 Jun akan datang. Filem ini merupakan prekuel kerana berlaku pada tahun 90-an dan melibatkan robot makhluk asing yang berubah menjadi haiwan iaitu Maximals.
Dalam treler baharu ia mengacah kehadiran Unicron iaitu musuh paling kejam yang merupakan kembar kepada Primus. Terdapat aksi yang menarik dipertontonkan dengan penglibatan banyak jenis robot yang menarik.
Ancaman Unicron ini amat dahsyat kerana beliau turut dikenali sebagai Lord of Chaos, Chaos Bringer, dan Planet Eater. Filem ini akan melibatkan dua watak manusia utama lakonan Anthony Ramos dan Dominique Fishback. Filem diarahkan oleh Steven Caple Jr.