Destiny 2 Dan Arknights Memperlihatkan Treler Kolaborasi

Permainan FPS RPG Destiny 2 dan permua strategi menara Arknights bukanlah dua nama yang anda sangkakan akan hadir dengan sebuah kolaborasi, tetapi itulah apa yang diperlihatkan oleh Hypergryph, studio pembangun disebalik permua popular tersebut.

Sebagai penutup kepada acara strim ulang-tahun keempat Arknights, syarikat tersebut telah mengesahkan bahawa kolaborasi diantara kedua-dua permainan ini akan berlaku tidak lama lagi.

Kolaborasi ini dilihat akan berlaku didalam permua Arknights sahaja, dimana pemain akan mendapat penceritaan baru dan juga kostum-kostum eksklusif.

Buat masa ini pihak Hypergryph belum mengesahkan lagi bilakah kolaborasi ini akan diadakan, tetapi kebarangkalian besarnya ia akan diadakan sekitar pertengahan atau penghujung tahun ini.

Sohor Kini