Baru-baru ini DC telah berkongsi treler baharu filem The Flash arahan Andy Muschietti dan lakonan Ezra Miller. Treler ini banyak memperlihatkan adegan dari video sebelum ini cuma kali ini memperlihatkan lebih jelas apa yang terjadi selepas Barry Allen merentas masa.

Seperti yang kita tahu filem ini mengambil inspirasi komik 2011 iaitu Flashpoint oleh Geoff Johns dan Andy Kubert. Barry Allen merentas masa untuk menyelamatkan ibu beliau dan telah mengubah masa hadapan di mana Zod kembali tetapi tiada adiwira untuk menghentikan penjahat dari Krypton ini.

Ini memaksa Barry mencari Batman yang sudah bersara lakonan Michael Keaton dan bekerjasama bersama Supergirl bagi menghentikan Zod. Barry turut mengaku beliau telah merosakkan dunia dengan menjadikan masa hadapan ke multimesta lain.

Filem ini akan ditayangkan pada 16 Jun nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini