Twilight Akan Diolah Semula Menjadi Drama Bersiri

The Twilight Saga adalah francais filem pontianak yang memfokuskan watak Edward Cullen, Bella Swan dan Jacob Black lakonan Robert Pattinson, Kristen Stewart dan Taylor Lautner. Francais ini terdapat empat filem iaitu Twilight, The Twilight Saga: New Moon, The Twilight Saga: Eclipse, The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 dan Part 2 sebagai filem terakhir pada tahun 2012.

Kini sudah 11 tahun tanpa ada sebarang berita yang adakah IP Twilight akan dikembalikan atau terus terkubur dalam arkib tanpa kita tidak akan berhenti dengar orang ramai membandingkan Pattinson dalam The Batman dengan Twilight?

The Hollywood Reporter baru-baru ini melaporkan yang Lionsgate sedang membangunkan siri TV Twilight. Sinead Daly ( The Walking Dead: World Beyond, Dirk Gently’s Holistic Detective Agency) dikatakan adalah penulis skrip yang akan bekerja dengan Lionsgate TV. Daly juga dikatakan masih belum menentukan bahagian Twilight mana akan dijadikan siri TV atau akan diolah semula tetapi penulis buku Twilight iaitu Stephenie Meyer turut akan terlibat.

Pembangunan siri ini juga masih di peringkat awal di mana Lionsgate masih tiada perancangan lagi ingin siarkan di platform penstriman mana. Tetapi sumber menyatakan studio ingin siapkan siri ini terlebih dahulu sebelum ditawarkan untuk dijual.

Sohor Kini