Arnold Schwarzenegger ialah bintang filem yang cukup disegani dengan beliau di sebalik watak ikonik siri Terminator, Conan dan Predator. Pada tahun 2023 Arnold kini membintangi siri FUBAR untuk Netflix pula. Menerusi treler pertama yang dikongsi Netflix, FUBAR ialah sebuah siri aksi komedi dengan premis menarik.

Beliau melakonkan watak agen CIA Luke Brunner yang sudah hampir bersara. Pelan beliau untuk berehat terpaksa ditukar apabila beliau menyedari anak beliau juga bertugas dengan CIA secara rahsia. Watak anak dilakonkan oleh Monica Barbaro yang sebelum ini muncul dalam filem blokbuster Top Gun : Maverick. Siri FUBAR mengandungi lapan episod dengan ia akan ditayangkan di Netflix bermula 25 Mei ini.

Sohor Kini