Insidious adalah francais filem seram James Wan yang terkenal. Tetapi sambutan filem ini bukanlah yang terbaik kerana setiap filem baharu dikeluarkan menerima kritikan semakin teruk berbanding filem pertama.

Bermula dengan Insidious pada 2010, Insidious: Chapter 2 pada tahun 2013, kemudian Insidious: Chapter 3 menjadi prekuel pada 2015 dan 2018 sekuel kepada Chapter 3 iaitu Insidious: The Last Key.

Filem ini berma dengan kisah keluarga Lambert iaitu Josh dan pakar halau hantu Elise Rainier lakonan Patrick Wilson dan Lin Shaye. Terbaru Patrick Wilson menjadi pengarah dalam filem kelima mereka kembali memfokuskan kepada keluarga Lambert kali ini anak Josh iaitu Dalton sekali lagi lakonan Ty Simpskins – Insidious: The Red Door.

Yang mengikuti Insidious akan tahu francais filem ini melibatkan satu lokasi mistik penuh misteri dan perkara seram ngeri iaitu the Further. The Red Door akan fokus kepada Dalton Lambert ketika usia remaja dengan peristiwa silam menghantui beliau. Ini menyebabkan Josh dan Dalton memasuki the Further untuk menyelesaikan isu gangguan ini.

Dari video treler nampak menarik. Pintu merah ikonik Insidious kali ini diberi fokus. Arahan Patrick Wilson nampaknya cuba memberi nafas baharu kepada francais filem seram ini.

Insidious: The Red Door mengembalikan pelakon Ty Simpkins, Patrick Wilson, Rose Byrne, Andrew Astor dan Lin Shaye. Bersama mereka adalah Sinclair Daniel dan Hiam Abbass.

Filem ini akan ditayangkan pada 7 Julai akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini