Gempak Origina Series di bawah Astro bakal hadir dengan siri komedi rompakan baharu Scammer Geng Marhaban. Menurut mereka ini adalah sebuah siri TV dengan konsep yang segar dan berlainan berbanding siri lain yang menggunakan tema sama.

Siri ini adalah sebuah kisah rompakan berlatarkan penipuan di sebuah komuniti kampung. Scammer Geng Marhaban menceritakan kisah Aidil dan Adib yang ingin mencari scammer yang telah menipu ibu mereka Hjh Quyah ketika cuba mempertahankan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Marhaban.

Dalam misi mencari scammer ini Aidil dan Adib jatuh cinta kepada seorang gadis. Siri ini juga adalah satu kesinambungan kepada Anugerah Gempak Most Wanted apabila Amir Ahnaf pelakon watak Aidil tuilar sebagai rider McDonalds. Ini menjadikan McDonalds sebagai penaja siri komedi ini.

Siri komedi ini akan mempunyai lapan episod dengan siaran bermula pada 4 Mei 2023 di saluran 1-4 Astro Ria jam 11 malam. Selain Amir Ahnaf yang mencipta nama menerusi siri Project High Council, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem, Raja Azura dan Zahid AF turut menyertai sebagai pelakon.

Sohor Kini