Polis Evo adalah francais filem buddy cop tempatan yang menggandingkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani lakonan Shaheizy Sam serta Zizan Razak. Ia adalah filem aksi komedi yang gempak dengan melibatkan banyak aksi menarik serta kualiti produksi yang memuaskan.
Polis Evo pertama ditayangkan pada tahun 2015 menerima kutipan RM18 juta dan Polis Evo 2 pada tahun 2018 menerima kutipan RM23 juta. Kini selepas lima tahun, francais ini diteruskan dengan filem Polis Evo 3 pula.
Polis Evo 3 akan ditayangkan pada 25 Mei ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kali ini disertai oleh Inspektor Julie, Dani dan Dell untuk misi baharu. Misi ini melibatkan kisah silam Khai yang menguji persahabatan beliau dan Sani. Bukan itu sahaja misi menjadi semakin mencabar apabila Khai adalah sasaran seterusnya oleh penjahat.
Sudah semestinya Shaheizy Sam dan Zizan Razak akan kembali bersama-sama dengan Nora Danish dan Eyka Farhana. Tetapi kini disertai pula oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi dan Fezrul Khan. Penampilan pelakon istimewa seperti Michael Ang, Afdlin Shauki, Zukieeeee, Radin ERA dan ramai lagi turut terlibat dalam filem ini.
Pembelian tiket akan dibuka pada 11 Mei nanti dengan tayangan awal bermula pada 24 Mei sehari sebelum tayangan sebenar 25 Mei. PUBG Mobile turut akan ada acara khas dengan Polis Evo 3. Terus ikuti Aksiz untuk pengumuman lanjut mengenai filem ini.