Apa yang anda akan lakukan apabila diminta larikan diri dan bersembunyi selepas anak anda dilahirkan? Mesti ramai akan rasa sedih lagi-lagi apabila dipaksa demi keselamatan diri dan anak. Filem The Mother yang akan tiba di Netflix akan mempertontonkan bagaimana seorang ibu melalui situasi ini.

Cuma ibu dalam filem ini adalah pembunuh upahan lakonan Jennifer Lopez. Selepas terpaksa meninggalkan anak beliau ketika bayi dan menyembunyikan diri beliau muncul kembali demi melindungi anak beliau yang diancam.

Filem ini akan tiba pada 12 Mei 2023 dengan durasi sekitar 2 jam. Berdasarkan treler filem ini memfokuskan kepada J.Lo beraksi sebagai ibu yang ganas dan ngeri sambil cuba berhubung kembali dengan anak beliau.

Persoalannya adalah ibu ini dapat selamatkan anak beliau dan diri? Kenapa ramai orang memburu beliau? Nantikan filem ini di Netflix Mei ini.

Sohor Kini