Filem Star Trek terbahagi kepada tiga kategori iaitu Original Series, The Next Generation, dan Reboot. Original Series mempunyai enam filem yang ditayangkan bermula pada 1979 dan berakhir pada 1991. Kemudian bersambung kembali 1994 dan tamat pada 2002. Olahan semula bermula pada 2009 dan tamat pada 2016 dengan filem seterusnya masih dalam pembangunan.

Sudah semestinya filem olahan semula anda boleh tonton sama ada kandungan digital sewa/beli atau di platform penstriman pada kualiti tinggi seperti 4K. Tahun lepas Original Series telah dipulih untuk menyokong 4K dan baru-baru ini The Next Generation turut dipulih dalam bentuk 4K.

Ini secara tidak langsung menjadikan kesemua 13 filem Star Trek menyokong resolusi 4K buat pertama kali. UltraHD Blu-ray di jual di Amazon Amerika Syarikat, sementara di Malaysia anda boleh dapatkan di Apple TV pada format 4K Dolby Vision (RM299.90 10 filem lama, RM89.90 trilogi olahan semula).

Berikut adalah senarai semua filem Star Trek;

  • Star Trek: The Motion Picture
  • Star Trek II: The Wrath of Khan
  • Star Trek III: The Search for Spock
  • Star Trek IV: The Voyage Home
  • Star Trek V: The Final Frontier
  • Star Trek VI: The Undiscovered Country
  •  Star Trek: Generations
  • Star Trek: First Contact
  • Star Trek: Insurrection
  • Star Trek: Nemesis
  • Star Trek
  • Star Trek Into Darkness
  • Star Trek Beyond

Sohor Kini