Pinkfong iaitu studio Korea Selatan di sebalik lagu kanak-kanak Baby Shark kini mengembangkan IP mereka ke podsiar pula. Lebih menarik mereka memilih Apple Podcast sebagai platform podsiar kerana kandungan mereka bukan percuma dan perlu dilanggan.
Podsiar Baby Shark ini menawarkan dua saluran berbeza satu bahasa Inggeris dan satu bahasa Korea. Saluran bahasa Inggeris menawarkan tiga podsiar iaitu The Best Pinkfong Baby Shark Kids Story, My Favorite Pinkfong Baby Shark Musical Story dan Pinkfong Baby Shark Book Adventure. Sementara saluran bahasa Korea ada lima podsiar.
Podsiar ini menurut Apple dihasilkan oleh pakar kanak-kanak dan akan mendidik mereka mengenai dinosaur dan buruj. Podsiar baharu akan tiba pada setiap hari Rabu 6 pagi. Harga langganan podsiar baby Shark adalah RM14.90 sebulan atau RM99.90 Setahun.
Sumber: Hollywood Reporter