Afterlife VR Untuk PS VR2 Tiba Minggu Depan

Spit Light Studio dan Perp Games telah mengumumkan yang Afterlife VR akan dikeluarkan untuk PS VR2 pada 19 April 2023. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Adam Bernhard iaitu polis mudah yang sedang melakukan rondaan pada waktu malam. Dia telah menyiasat mengenai misteri di dalam Hospital Jiwa Black Rose.

Afterlife VR sebelum ini sudah dilancarkan untuk PC VR.

Sohor Kini