Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini Monsta akan hadir dengan satu episod istimewa untuk Monsta Temani Raya. Hari ini mereka mengumumkan dua watak baharu iaitu Oboi dan juga Mechamangkuktingkat.

Masih tiada butiran lagi siapakah dua watak ini dan apakah kaitan mereka dalam Spheraverse? Adakah ini satu rentas siri antara BoBoiBoy dan Mechamato? Adakah watak ini akan kekal dalam Spheraverse atau hanya akan muncul ketika Hari Raya?

CEO Monsta Nizam memberitahu dua watak ini bukannya BoBoiBoy dan Mechabot tetapi pada masa sama ya? Jadi adakah mereka mempunyai kejutan khusus untuk peminat nanti?

Apa-apa pun watak Oboi yang comel ini dan robot baharu Mechamangkuktingkat akan muncul di saluran YouTube rasmi Monsta pada 17 April nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini