Dengan kemajuan dalam teknologi komputer dan konsol hari ini, ia tidak begitu mengejutkan untuk melihat bahawa arked permainan video semakin pupus ditelan arus masa. Jepun dan Amerika Syarikat dilihat diantara satu-satunya negara dimana arked permainan masih lagi hidup.
Terkini, sebuah muzium di New York, iaitu The Strong National Museum of Play telah membangunkan sebuah mesin arked bertemakan pemainan video klasik Donkey Kong.
Diantara keunikan permainan arked ini ialah saiznya, dimana ia merupakan sebuah gergasi dengan ketinggian sekitar enam meter. Walaupun begitu, permainan arked ini boleh dimainkan seperti biasa, walaupun anda mungkin akan perlu bantuan untuk mencapai butang-butang pada mesin ini.
Mesin arked ini juga dibangunkan dengan bantuan Nintendo, syarikat pembangun permainan Jepun yang memiliki hakcipta keatas permainan ini,dan ialah sebahagian daripada penjenamaan dan pembangunan semula muzium tersebut.
Muzium ini, yang terletak di Rochester, New York akan dibuka semula pada 30 Jun 2023 dengan pelbagai pameran dan acara-acara baharu kelak.
Sumber: The Strong Museum of Play