Skrip Thunderbolts Ditulis Semula

Thunderbolts adalah filem seakan Suicide Squad tetapi versi Marvel Cinematic Universe. Filem ini akan melibatkan Wyatt Russell (John Walker/US Agent), Hannah John-Kamen (Ava/Ghost), David Harbour (Red Guardian), Florence Pugh (Yelena Belova/Black Widow), Olga Kurylenko (Taskmaster) dan Sebastian Stan (Winter Soldier) sebagai ahli pasukan Thunderbolts. Mereka akan diketuai oleh Julia Louis-Dreyfuss (Valentina Allegra de Fontaine).

Filem ini sepatutnya sudah pun memulakan penggambaran kerana tayangan dijadualkan pada Julai 2024 nanti. Tetapi skrip filem kerap berubah dengan perkembangan terkini dikatakan skrip telah ditulis semula.

Lee Sung Jin (Beef) adalah penulis skrip baharu menggantikan Eric Pearson (Black Widow, Thor: Ragnarok). Antara sebab kenapa skrip ditulis semula adalah kerana skrip asal terlampau fokus kepada watak-watak filem Black Widow (Yelena, Red Guradian, Taskmaster). Watak ini sudah pun penonton kenal jadi skrip ditulis semula agar lebih seimbang. Marvel tidak ingin maklum balas sama berlaku pada filem ini seperti berlaku pada Suicide Squad David Ayer.

Butiran lain mengenai filem ini masih belum diketahui lagi. Tetapi sama-sama kita nantikan dan lihat apakah kejutan Marvel boleh bawakan dengan Thunderbolts.

Sumber: Comicbook.com

Sohor Kini