Star Wars: Vision adalah siri animasi sampingan Star Wars mengenai jalan cerita alternatif. Ia adalah seakan What If…? MCU tetapi dengan bentuk animasi berbeza untuk setiap episod. Penyampaian cerita juga berbeza dengan setiap episod ada keunikan masing-masing.
Untuk Star Wars: Vision Volume 2 treler baru sahaja diterbitkan hari ini. Anda boleh tonton di bawah;
Terdapat 9 studio terlibat iaitu El Guiri, Cartoon Saloon, Punkrobot, Aardman, Studio Mir, Studio La Cachette, 88 Pictures, D’Art Shtaijo with Lucasfilm dan Triggerfish. Jadi ini bermakna ada 9 episod sahaja dan setiap episod ini adalah “Sith,” “Screecher’s Reach,” “In the Stars,” “I Am Your Mother,” “Journey to the Dark Head,” “The Spy Dancer,” “The Bandits of Golak,” “The Pit” dan “Aau’s Song.”
Apa yang menarik dalam treler adalah pertama sekali lightsaber emas, kemudian ada animasi bentuk fabrik, ada juga gerak-henti, 3D, 2D yang nampak aneh dan banyak lagi. Treler turut mencadangkan yang Star Wars: Vision Volume 2 mungkin mempunyai aksi lebih mengancam dan penceritaan lebih hebat.
Siri animasi ini akan disiarkan di Disney+ pada 4 Mei nanti sempena hari Star Wars iaitu May the forth (Force) be with you.