Ketika filem The Super Mario Bros. Movie diumumkan ramai yang skeptikal kerana pelakon suara dikatakan mungkin tidak sesuai membawakan watak masing-masing. Tetapi selepas ditayangkan di Amerika baru-baru ini, filem ini menerima maklum balas positif dari penonton dengan perasaan bercampur oleh para pengkritik.

Adakah Chriss Pratt boleh membawakan suara Mario yang kita semua kenal? Adakah ini adaptasi filem Mario terbaik?

Jika anda ingin tahu jom tonton The Super Mario Bros. Movie pada 18 April ini, Aksiz belanja. Anda akan dapat tonton dua hari awal daripada tarikh tayangan asal. Dengan filem ini anda boleh lihat Anya Taylor-Joy menjadi Peach, Seth Rogen sebagai Donkey Kong, Keegan-Michael Key menjadi Toad, Fred Armisen sebagai Cranky Kong dan ramai lagi.

  • Tarikh Tayangan Awal: 18 April 2023 (Tayangan umum 20 April)
  • Tempat: GSC, IOI Mall Putrajaya 2 (East Wing), Hall 18
  • Jam: 9PM

Cara untuk berpeluang dapatkan tiket ini adalah mudah sahaja, anda hanya perlu ikut akaun Twitter Aksiz, dan RT ciapan mengenai giveaway ini, yang kami sertakan di bawah.

Kami akan pilih pemenang secara rawak dan tiket akan diberikan pada hari tayangan di kawasan GSC, IOI Mall Putraya 2 (East Wing). Giveaway ini akan ditutup pada 14 April, dan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2023.

Sohor Kini