Anda ingat The Pirate Bay? Laman torrent terkenal untuk memuat turun filem, siri TV, permainan video, perisian, muzik dan banyak lagi secara haram. Kisah laman web ini akan diadaptasi ke sebuah siri TV Sweden dan akan disiarkan ke seluruh dunia.
Siri ini akan mempunyai enam episod sahaja dan akan memfokuskan kepada watak-watak Peter Sunde, Fredrik Neij, dan Gottfrid Swartholm iaitu pengasas laman torrent ini.

The Pirate Bay akan menceritakan bagaimana laman ini dibangunkan pada tahun 2003 sebagai platform perkongsian fail terbesar dunia dan berubah menjadi laman cetak rompak terkemuka sehingga Neij, Sunde dan Swartholm diburu Interpol, polis dan ramai pihak berkuasa lain.
Siri ini akan melihat bagaimana sebuah syarikat teknologi naik dan terus merudum. B-Reel Films studio di sebalik filem A24 Midsommar akan menghasilkan siri TV ini bersama SVT.
Sumber: Variety