Mesta filem aksi perisikan YRF Universe kini semakin berkembang dengan filem Tiger vs Pathaan pula yang dijadualkan memulakan penggambaran pada tahun 2024.

Pathaan adalah filem terbaru mereka pada tahun ini memfokuskan watak lakonan Shah Rukh Khan seorang bekas ejen RAW yang menjadi ejen Joint Operations and Covert Research (JOCR) bagi menyelamatkan dunia daripada serangan virus.

Dalam filem ini Tiger lakonan Salman Khan telah membantu Pathaan dan mereka dilihat adalah kawan baik. Tetapi filem tahun hadapan ini mencadangkan mereka menjadi musuh. Apakah sebabnya? Masih tiada sebarang informasi mengenai jalan cerita ini.

YRF Spy Universe kini mempunyai 7 filem secara keseluruhannya. Bermula pada tahun 2012 dengan Ek Tha Tiger, Tiger Zinda Hai pada tahun 2017, War pada tahun 2019, Pahtaan pada tahun ini dan Tiger 3 akan ditayangkan pada November akan datang. Kemudian War 2 dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2024 dengan Tiger vs Pathaan mungkin sekitar tahun 2025.

Tiger vs Pathaan dikatakan akan menjadi filem terbesar India pernah hasilkan dengan penglibatan pelakon hebat Salman Khan dan Shah Rukh Khan buat kali pertama sebagai watak utama selepas kali terakhir berganding bahu dalam Karan Arjun pada tahun 1995.

Sumber: Variety

Sohor Kini