Sehingga hari ini saya tidak rasakan harga langganan Netflix pelan premium RM55 mahal. Pada saya dengan jumlah kandungan yang terlampau banyak sehingga keliru tidak tahun untuk tonton yang mana harga yang saya bayar itu berbaloi.

Tetapi akan datang Netflix mungkin tidak lagi menawarkan jumlah filem yang banyak. Baru-baru ini Netflix dilaporkan telah menggabungkan dua bahagian produksi filem sehingga menyebabkan pembuangan ramai pekerja dan beberapa eksekutif.

Netflix dikatakan melakukan perkara ini kerana ingin fokus kepada pengeluaran filem Netflix Originals yang lebih berkualiti. Dengan semua tenaga dan bajet memfokuskan kualiti, platform penstriman ini akan mengurangkan kandungan yang akan ditawarkan. Contohnya tahun 2022 ada 85 filem ditawarkan tetapi tahun ini hanya ada 49 filem sahaja. Filem yang dimaksudkan ini termasuk Originals dan hak pengedaran/penstriman.

Adakah ini bermakna Netflix mengikut strategi Apple TV+ yang tidak menawarkan kandungan yang banyak tetapi berkualiti? Sama-sama kita nantikan apakah perubahan Netflix lain di masa akan datang nanti.

Sumber: Bloomberg

Sohor Kini