Dragon Age: Dreadwolf Sudah Memasuki Fasa Alpha

Dragon Age, siri permainan RPG yang dibangunkan oleh Bioware dibawah EA baru-baru ini sudah mengesahkan bahawa Dragon Age: Dreadwolf memasuki fasa ujian Alpha, dimana pembangunan aset dan sistem permainan tersebut telah dilengkapkan baru-baru ini.

Ini bermaksud bahawa pembangunan asas permainan ini sudah siap, termasuklah penceritaan dari mula ke habis, sistem-sistem terbina dan sebagainya. Gary McKay, Pengurus Besar di EA yang bertanggungjawab untuk permainan ini mengatakan bahawa ia bermakna bahawa permainan tersebut secara teknikalnya sudah boleh dimainkan dari mula ke habis, ini termasuklah tata permainan dan juga video adegan sinematik pembukaan dan penutup.

Buat masa ini, permainan ini dilihat sedang berada dalam proses mengemaskini pelbagai aset dan juga tatapermainan supaya permainan tersebut lebih elok dimainkan dan tiada sebarang masalah apabila ia mula dijual kelak.

Dalam pada itu, pasukan pembangun Dragon Age: Dreadwolf ini juga dilihat telah menerima bantuan dari segi pembangun daripada pasukan permainan lain seperti Mass Effect dan Mark Darrah, bekas ketua pembangun untuk Dragon Age juga kembali untuk membantu menyiapkan permainan ini.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Dragon Age: Dreadwolf akan tiba untuk dimainkan.

Sumber: EA

Sohor Kini