Skip to main content

Adrian Teh dengan studio beliau Act 2 Pictures yang terkenal dengan filem aksi dan bertemakan tentera bakal hadir dengan filem biografi mengenai atlet tempatan.

Filem ini adalah Gold mengisahkan atlet paralimpik badminton Cheah Liek Hou. Adrian Teh akan menjadi pengarah dan Jack Tan (Cheah Liek Hou), Farid Kamil (Rashid Sidek), Fabian Loo (Guan Teng), Wan Raja (Misbun Sidek) serta Yasmin Hani (isteri Rashid) adalah antara barisan pelakonnya.

Filem ini masih dalam sesi penggambaran lagi. Gold akan menceritakan kisah hidup Cheah Liek Hou dari beliau sebagai pemain badminton biasa kepada pemain paralimpik selepas menghidapi sakit kebas saraf brakial. Filem ini turut akan memperlihatkan perjuangan beliau dengan dilatih oleh Rashid Sidek.

Selain Adrian Teh menjadi pengarah beliau juga adalah penerbit bersama dengan Raja Jastina Raja Arshad dan skrip pula ditulis oleh Wall Fish. Filem adalah produksi bersama Astro Shaw dan Act 2 Pictures.

Buat masa ini masih tiada tarikh tayangan lagi. Tetapi menurut Adrian Teh, seperti filem beliau yang lain Gold turut memfokuskan kepada elemen yang membangkitkan nama Malaysia.

Leave a Reply