Mike Flanagan iaitu pengarah yang terkenal dengan siri serta filem seram seperti The Haunting of Hill House dan Doctor Sleep baru-baru ini dilaporkan telah bertemu dengan James Gunn dan Peter Safran untuk idea filem solo watak penjahat komik DC.
Watak ini dikatakan adalah Clayface. Buat masa ini ia hanya idea yang dibentangkan sahaja dan masih tiada pengesahan sama ada watak ini akan diadaptasi ke aksi nyata ataupun tidak.
Sumber turut menyatakan yang Clayface mungkin memainkan peranan penting dalam The Batman 2 yang dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2025. Tetapi dengan Gunn dan Safran ingin kembangkan DCU Chapter One – Gods and Monsters ada potensi Clayface boleh disertakan dalam “monster” DCU.
Warner Bros. masih tidak katakan tidak jadi tidak tahu apakah nasib idea ini sama ada akan ditolak atau diterima. Flanagan menyatakan minat ini sejak dua tahun lagi mungkin kali ini peluang pengarah filem seram terlibat dengan dunia DCU.