Deadline telah melaporkan yang musim kedua untuk House of the Dragon akan menjadi lebih pendek dengan mempunyai 8 episod sahaja berbanding 10 episod untuk musim pertama.
Namun, ini tidak bermakna yang HBO tidak mempunyai perancangan jangka panjang, sebaliknya Deadline juga mengatakan yang HBO telah bersetuju untuk hadir dengan musim ketiga.
Sebaliknya, mungkin dengan musim yang lebih pendek, akan memberikan penceritaan yang lebih rancak tanpa memerlukan episod sekadar untuk pengisian.
House of the Dragon musim kedua akan memulakan produksi tidak lama lagi dengan siaran dijangka bermula pada tahun 2024.
House of the Dragon adalah siri yang berlaku 200 tahun sebelum permulaan untuk Game of Thrones. Siri ini memfokuskan kepada kejadian yang membawa kepada perang saudara di dalam House of Targaryen iaitu Dance of the Dragon.