Pengarah Black Panther Ingin Mengembalikan Siri X-Files

Ryan Coogler adalah pengarah yang hebat. Beliau adalah individu di sebalik kedua-dua filem Black Panther dan juga filem Creed. Beliau juga kini sibuk dengan siri TV Disney+ yang dikatakan berkait dengan dunia Wakanda.

Terkini dalam satu podsiar CBCListen Chris Carter selaku pencipta siri X-Files memberitahu yang beliau telah bercakap bersama Coogler. Menurut beliau Coogler berminat untuk mengolah semula siri X-Files dengan menyertakan watak-watak yang lebih seimbang dan adil.

X-Files adalah siri sains fiksyen paranormal yang memfokuskan ejen khas FBI Fox Mulder (David Duchovny) dan Dana Scully (Gillian Anderson). Mereka berdua menyiasat kes-kes X-Files yang mana melibatkan perkara yang sukar dijelaskan.

Siri ini mula disiarkan pada tahun 1993 dan tamat pada tahun 2002 dengan musim ke-9. Selepas berbelas tahun siri ini dikembalikan pada tahun 2016 dan kemudian tamat pada tahun 2018 dengan musim ke11.

Untuk versi olahan semula ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi dan butiran jelas mengenainya. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini