eShop Untuk Nintendo Wii U Dan 3DS Ditutup 27 Mac 2023

Pada tahun lepas kami ada melaporkan bahawa Nintendo akan menutup gedung-gedung atas talian Nintendo eShop untuk konsol permainan Nintendo Wii U daTarikn juga Nintendo 3DS.

Nintendo telah mengesahkan bahawa gedung-gedung ini akan ditutup pada hari ini, 27 Mac 2023 tarikh Amerika Syarikat dan 28 Mac 2023 tarikh Jepun, dimana pengguna juga tidak lagi boleh memuat-turun permainan-permainan digital pada konsol-konsol Wii U dan 3DS mereka.

Wii U pertama kali dikeluarkan pada tahun 2012 dan merupakan satu generasi konsol yang gagal untuk mereka apabila hanya terjual sebanyak 13 juta unit sahaja buat masa ini, manakala Nintendo 3DS yang dikeluarkan setahun lebih mempunyai jangka hidup yang baik dan telah terjual sebanyak 75 juta unit.

Sohor Kini