X-Men ’97 adalah sekuel kepada X-Men: The Animated Series iaitu siri animasi X-Men klasik yang disiarkan pada tahun 90-an. Siri ini akan meneruskan kisah selepas Proffesor X meninggalkan pasukan X-Men dan Magneto menjadi ketua.
Siri animasi ini dijangka akan tiba pada hujung tahun ini. Masih tidak banyak butiran didedahkan selain daripada Marvel mengembalikan semua pelakon suara asal untuk meneruskan kisah animasi X-Men ini.
Terkini penulis X-Men ’97 iaitu Beau DeMayo menyatakan Mister Sinister akan menjadi antara musuh utama dalam siri animasi ini. Watak ini akan melakukan rancangan tidak mungkin gagal bagi memusnahkan pasukan X-Men.
Pelakon dan watak dalam siri animasi ini adalah Cal Dodd sebagai Wolverine, Lenore Zann sebagai Rogue, George Buza pula adalah Beast, Alison Sealy-Smith menjadi Storm, Chris Potter sebagai Gambit, Catherine Disher adalah Jean Grey/Phoenix, danAdrian Hough sebagai Nightcrawler. Watak lain seperti Cable, Bishop, Sunspot, Morph dan Forge turut akan muncul dalam X-Men ’97.