Renfield adalah sebuah filem seram komedi baharu yang memfokuskan kisah pembantu Dracula lakonan Nicolas Cage. Pembantu Dracula ini adalah Renfield yang dibawakan oleh Nicholas Hoult.

Treler sebelum ini telah pun mempertontonkan yang filem ini akan dipenuhi dengan aksi ngeri dan penglibatan manusia dengan makhluk ngeri ini.

Terkini, treler baharu mempertontonkan bukan senang untuk Renfield membebaskan diri daripada Dracula selepas 90 tahun bekerja dengannya. Ini menyebabkan Dracula mengamuk dan mula menyerang lebih ramai manusia. Di samping itu treler turut memperlihatkan bagaimana Renfield bekerjasama dengan seorang manusia iaitu polis lakonan Awkafina untuk menghentikan makhluk kejam ini.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 13 April nanti.

Sohor Kini