TGV Cinemas bukan sahaja menawarkan pengalaman menonton di dewan panggung wayang yang selesa dan berkualiti. Tetapi turut mempunyai pilihan makanan dan snek menarik selain daripada bertih jagung.

Antara yang mereka tawarkan adalah makanan panas seperti sosej atau nugget. Terkini TGV Cinemas menawarkan diskaun 50% untuk makanan panas Hot Bites (sosej) mereka bersempena bulan Ramadan.

Bermula 23 Mac sehingga 21 April nanti dengan mana-mana belian Royale Popcorn Combo atau Signature Popcorn Combo anda boleh dapatkan Hot Bites ala carte pada harga diskaun 50%.

Jika anda tonton filem pada waktu malam selepas Solat Tarawih anggap sahaja sosej ini sebagai moreh anda.

Sohor Kini