Seperti yang kami laporkan sebentar tadi, Netflix akan terus fokus kepada pembangunan permua tahun ini. Sebanyak 40 permua akan ditawarkan pada tahun 2023 dengan 16 permua adalah pembangunan dari studio sendiri dan sebulan sekurang-kurangnya akan ada satu permua.
Naib presiden External Games di bawah Netflix iaitu Leanne Loombe menyatakan, permainan video di bawah Netflix Games setakat ini adalah hanya terhad kepada peranti mudah alih untuk Android dan iOS sahaja.
Masih tiada perancangan untuk memperkenalkan permainan video untuk konsol atau PC.
Bukan itu sahaja akan datang Netflix Games akan memperkenalkan platform penstriman permua seakan Stadia. Melalui platform ini yang diharapkan akan diintegrasikan dalam aplikasi Netflix nanti, pelanggan tidak lagi perlu memuat turun permua di Apple App Store atau Google Play Store.
Sebaliknya, bermain permua nanti adalah seakan mengakses kandungan video di platform mereka. Tekan dan terus main.