Ted Lasso Musim 3 Kini Boleh Ditonton Di Apple TV+

Ted Lasso iaitu siri komedi paling popular di Apple TV+ kini telah hadir dengan musim ketiga yang merupakan musim terakhir. Siri ini akan mempunyai 12 episod dan memfokuskan perlawanan bola sepak antara AFC Richmond yang dilatih oleh Ted Lasso dan West Ham United yang dilatih oleh Nate.

Sementara Roy Kent pula kini menjadi pembantu pelatih bersama dengan Beard. Ted turut menerima tekanan atas ramalan media sambil masih perlu mengendalikan masalah rumah tangga.

Musim ketiga siri yang memenangi banyak anugerah kini boleh ditonton di Apple TV+ dengan episod baharu keluar secara mingguan.

Sohor Kini