Belum lagi ditayangkan filem John Wick 4 telah menerima ulasan positif di Amerika kerana ditayangkan sempena acara SXSW 2023. Filem ini akan tiba di Malaysia pada 23 Mac, tetapi anda boleh dapatkan tiket tayangan awal pada 21 Mac.
Ramai katakan ini adalah filem aksi paling padu setakat ini dengan penceritaan lebih menarik serta koreografi aksi yang memuaskan.
John Wick 4 adalah sambungan terus kepada John Wick 3, di mana filem ini mengisahkan John Wick memburu The High Table dan organisasi pembunuh upahan kini dikendalikan oleh pengurusan baharu. Menjadikan filem ini lebih menarik adalah bintang Asia terkenal dengan aksi seni mempertahankan diri yang gempak iaitu Donnie Yen.
Cara untuk berpeluang dapatkan tiket ini adalah mudah sahaja, anda hanya perlu ikut akaun Twitter Aksiz, dan RT ciapan mengenai giveaway ini, yang kami sertakan di bawah.
Kami akan pilih pemenang secara rawak dan tiket akan diberikan pada hari tayangan di kawasan GSC, The Starling Mall. Giveaway ini akan ditutup pada 17 Mac, dan pemenang akan diumumkan pada 19 Mac 2023.