Collin Farrel adalah Penguin/Oswald Cobblepot dalam filem The Batman. Lakonan beliau agak baik dalam filem ini, tetapi sayang sekali masa skrin watak ini adalah pendek.
Peluang untuk Farrell menyerikan lagi watak ini adalah melalui siri sampingan HBO Max berjudul Penguin. siri ini akan berlaku satu minggu selepas filem The Batman dan bandar Gotham masih lagi banjir.
Farrell ada menyatakan beliau suka akan skrip siri TV ini dan tidak sabar untuk terus melakonkan watak ini. Terkini, imej baharu siri ini tertiris mendedahkan pelakon John Cenatiempo yang memainkan watak misteri berada di samping Cobblepot.
Cenatiempo terkenal dalam siri The Sopranos, di samping turut pernah berlakon dalam filem DC lain iaitu The Joker sebagai salah seorang anggota polis.
Selain beliau Cristin Milioti (Mythic Quest, Black Mirror) turut akan berlakon dalam siri ini sebagai Sofia Falcone anak kepada ketua gangster Carmine Falcone lakonan John Turtorro (The Batman, Transformers).
Clancy Brown (The Mandalorian, The Punisher) turut akan sertai sebagai ketua penjenayah Salvatore Maroni sementara Rhenzy Feliz (Runaways, Encanto), Michael Kelly (Man of Steel, House of Cards), Shohreh Aghdashloo (The Expanse, Ghostbusters: Afterlife), dan Deirdre O’Connell (Daredevil) akan berlakon sebagai watak yang masih dirahsiakan.