Ant-Man and the Wasp Quantumania adalah filem MCU Fasa 5 pertama. Mungkin bukan filem MCU terbaik, tetapi ketika menonton filem ini memberikan pengalaman yang cukup memuaskan.

Seperti biasa, sebelum filem ditayangkan pasti akan ada plot tertiris. Tetapi apa yang tertiris di Reddit kali ini sangat dahsyat sehingga Marvel menghantar sepina kepada Google. Seorang moderator Reddit telah menggunakan Google Doc untuk berkongsi sari kata filem Ant-Man and the Wasp Quantumania yang diterjemah.

Matthew Slatoff selaku naib presiden Marvel dan wakil Sekuriti Global & Perlindungan Kandungan memfailkan saman ke mahkamah dan sepina tekah dihantar ke Google bagi menghapuskan fail Google Doc yang mengandungi sari kata filem tadi. Dokumen ini dikongsi pada Reddit dan tidak boleh dipadam oleh Google kerana pengguna yang tidak bertanggungjawab ini telah memadamnya pada Google Doc dan juga di bebenang Reddit.

Dokumen ini mengandungi 63 muka surat dan dipenuhi dengan skrip yang dikatakan adalah fail sari kata untuk pasaran Portugal dan/atau Brazil yang telah diterjemah ke bahasa Inggeris.

Marvel turut meminta Reddit mendedahkan informasi moderator u/MSSmods kerana didakwa bertanggungjawab meluluskan siaran dokumen sari kata filem ini di bebenang Reddit r/MarvelStudiosSpoilers.

Isu ini semakin berbangkit apabila Reddit bercadang untuk melindungi pengguna mereka yang terlibat dengan perbincangan berkaitan kandungan cetak rompak.

Sumber: TorrentFreak

Sohor Kini