Disney masih teruskan olahan semula filem animasi klasik ke aksi nyata. Terbaru adalah The Little Mermaid yang telah diacah sejak tahun lepas dan hari ini ketika Oscar treler penuh pertama diperlihatkan.

Halle Bailey adalah Ariel/Mermaid seperti yang kita lihat sebelum ini. Tetapi dalam treler buat pertama kali Ursula lakonan Melissa McCarthy didedahkan.

Bukan itu sahaja, Jonah Hauer-King sebagai Prince Eric, Daveed Diggs sebagai suara Sebastian si ketam, Jacob Tremblay sebagai suara si ikan Flounder, Javier Bardem sebagai King Triton, dan Awkwafina sebagai suara Scuttle turut diperlihatkan dalam treler ini.

The Little Mermaid jelas sekali menggunakan jalan cerita lebih kurang sama dengan filem animasi, di mana Ariel ingin ada kaki dan menerokai dunia darat dan kaki ini diberikan oleh Ursula. Tetapi apa yang beliau lakukan tidak dipersetujui oleh King Triton.

The Little Mermaid akan ditayangkan pada 26 Mei dan seperti filem animasi asal, filem aksi nyata turut ada banyak elemen muzikal.

Sohor Kini