Viu menawarkan banyak kandungan filem, siri TV dan anime yang memfokuskan pasaran Asia. Dengan harga langganan sebulan RM14.90 atau RM22.90 untuk tiga bulan, kandungan tempatan asli turut boleh diakses.

Kini Viu akhirnya diperkenalkan untuk kotak TV Astro Ultra Box, memberi pelanggan Ultra Box akses percuma kepada Viu Premium sehingga 8 Jun 2023. Pelanggan hanya perlu cari aplikasi Viu di Ultra Box, pilih Pair Account untuk mula tonton Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver II, The Secret Romantic Guesthouse, Mantan Tapi Menikah, Bilik Tepi dan banyak lagi.

Pelanggan turut boleh mengakses Viu seperti biasa melalui web atau peranti mudah alih, dengan syarat lima peranti serentak sahaja. Selepas 8 Jun, pelanggan Ultra Box boleh kunjungi laman web Astro untuk maklumat lanjut menyertakan terus Viu dalam pek langganan Astro masing-masing.

Sohor Kini