Baru sahaja tadi kami laporkan mengenai Silo, siri sains fiksyen baharu di Apple TV+ – kini Apple mengumumkan filem pula iaitu Ghosted.

Seperti judulnya, ia mengisahkan seorang wanita ghost (meminggir) kekasih beliau sehingga kekasih ini merantau ke negara lain demi mengejar cinta.

Gadis ini adalah Sadie lakonan Ana de Armas dan kekasih beliau adalah Cole lakonan Chris Evans. Filem ini adalah sebuah filem aksi komedi romantik, di mana Cole tidak tahu dengan jelas siapakah Sadie sebenarnya sehinggalah suatu hari diculik dan mendapati kekasih beliau ini adalah seorang perisik antarabangsa.

Bersama-sama, Sadie dan Cole melibatkan diri dalam satu pengembaraan untuk menyelamatkan dunia dari ancaman merbahaya. Berdasarkan treler, filem ini penuh dengan aksi menarik dan komedi yang mungkin melucukan hati.

Ghosted adalah filem yang dihasilkan dari penulis skrip Deadpool dan penerbit Top Gun: Maverick. Filem ini akan tiba di Apple TV+ pada 21 April akan datang.

Sohor Kini