Tahun ini nampaknya Apple TV+ ada banyak kandungan menarik. Terkini yang mereka umumkan adalah Silo, sebuah siri TV 10-episod mengenai 10 ribu manusia terakhir di bumi yang tinggal di dalam silo. Tetapi tiada sesiapa tahu kenapa silo ini dibina dan kenapa mereka semua perlu tinggal di dalamnya. Apabila ada cuba mengorek rahsia, hukuman padah diberikan.
Dalam siri ini, Rebecca Ferguson berlakon sebagai Juliette iaitu seorang jurutera yang hanya ingin menyiasat pembunuhan orang tersayang. Hanya mendapati yang silo ini dipenuhi dengan rahsia perit di mana kebenaran adalah punca kepada pembunuhan.
Siri ini akan disiarkan pada 5 Mei nanti menyertakan pelakon seperti Common, Harriet Walter, Chinaza Uche, Avi Nash, David Oyelowo, Rashida Jones dan juga Tim Robbins.
