Skip to main content

Durioo+ iaitu platform penstriman kandungan islamik kanak-kanak baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari tahun lepas yang kini mempunyai 22 ribu pelanggan akitf berbayar dan menyasarkan untuk mencapati 100 ribu pelanggan pada akhir tahun ini.

Di dalam usaha untuk mengembangkan lagi penawaran mereka, Durioo+ telah mendapat suntikan danan sebanyak RM12.5 juta daripada Y Combinator, Uncommon Capital, Gobi Partners, Lynett Capital, New Venture Order, dan Innate Capital.

Buat masa ini, Durioo+ telah mempunyai 20 rancangan asli melalui label Durioo Originals seperti Abibi dan Mina Mila dan juga lebih 1500 episod pihak ketiga seperti Upin & Ipin, dan Baby Shark. Durioo+ ditawarkan dengan harga RM12.90 sebulan ataupun RM149.90 setahun. Durioo+ juga boleh didapatkan melalui Unifi TV bermula 18 Mac ini.

Selain penawaran penstriman, mereka juga menyasarkan untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti Durioo Games, Durioo Learning, Durioo Experience dan Durioo Commerce.

Durioo sebelum ini juga telah melancarkan kempen Durioo+ Creator untuk mencari pencipta kandungan untuk vlog, tutorial, video DIY, video sukan, kraf tangan, hobi, pendidikan yang bertemakan islamik dan mesra kanak-kanak.

Sumber: Amanz

Leave a Reply