Netflix hari telah mengumumkan perubahan harga pada salah satu pelan langganan mereka, iaitu pelan Asas atau Basic. Jika sebelum ini harga langganan sebulan adalah RM35, kini anda boleh langgan pada harga serendah RM28.
Seperti sebelum ini, pelan asas hanya membolehkan pelanggan strim pada satu peranti sahaja dan semua kandungan boleh diakses tanpa sebarang iklan. Sokongan muat turun untuk menikmati hiburan di luar talian juga dibolehkan, juga pada satu peranti.
Kualiti setiap kandungan pada pelan ini adalah HD, yang mana cukup baik jika anda hanya akses Netflix menerusi telefon pintar. Perubahan ini tertakluk kepada semua pelanggan, tidak kira yang sedia melanggan atau yang baru.