Siri terbaru dalam siri permainan RPG terkemuka Diablo, iaitu Diablo IV akan mula dijual pada 2 Jun 2023 ini, dan terkini, melalui acara IGN Fan Fest, pihak Blizzard telah mengesahkan bahawa ujian beta terbuka untuk permainan tersebut akan diperkenalkan pada 24 Mac sehingga 26 Mac ini.

Untuk mereka yang telah pra-tempah permainan tersebut, mereka akan menerima akses ujian beta tersebut lebih awal lagi, bermula 17 Mac sehingga 19 Mac ini.

Menurut mereka lagi, ujian beta terbuka ini akan memberi akses kepada mod pemain tunggal prolog dan juga bab pertama permainan ini. Lebih menarik lagi, ujian ini akan hadir untuk semua platform permainan ini, termasuklah PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Butiran lanjut mengenai ujian beta terbuka ini akan diketahui sewaktu acara penstriman yang akan diadakan oleh Blizzard pada 28 Februari ini.

Sohor Kini