Sudah hampir sembilan tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dengan 239 penumpang serta anak kapal. Terdapat pelbagai teori mengenai apa yang berlaku pada malam 8 Mac 2014 ketika pesawat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pelbagai dokumentari juga telah diterbitkan dan terkini dokumentari MH370 : The Plane That Disappeared pula akan tiba di Netflix.

Ia boleh ditonton pada 8 Mac ini dengan trailer cuba merungkau misteri kehilangan pesawat Boeing 777 yang setakat ini hanya beberapa puing sahaja ditemukan selepas pencarian dilakukan selama beberapa tahun.

Adakah ia sebuah kemalangan yang boleh dielakkan? Adakah unsur khianat oleh anak kapal seperti yang dicadangkan oleh beberapa pakar? Mungkinkah ada unsur mistik seperti yang tular sejurus selepas pesawat hilang dari radar ketika di Lautan Hindi?

Sohor Kini