Semalam, TGV telah mula tayangkan filem Mangkujiwo 2 iaitu sekuel kepada Mangkujiwo yang ditayangkan pada tahun 2020. Filem ini adalah filem seram yang berlaku dalam dunia sama Kuntilanak Universe. Mangkujiwo 2 diarahkan oleh Azhar Kinoi Lubis, pengarah sama filem pertama.
Mangkujiwo 2 mengisahkan Brotoseno, Nyi Kenanga, dan Karmila yang menggunakan ilmu “Mangkujiwo” untuk menyeru Kuntilanak untuk dijadikan sebagai medium memberi kekayaan pada diri sendiri. Berlaku pada sekitar tahun 1970-an dan memfokuskan pada konflik politik, perusahaan, keluarga dan percintaan.
Filem ini turut memperlihatkan betapa kejamnya manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kekayaan dunia dan turut mencerminkan istilah apa itu setan bertopengkan manusia. Filem ini turut memperlihatkan Uma yang masih cuba meneruskan kehidupan selepas kematian Cokrokusumo dan kenapa hidup beliau diganggu kuntilanak.
Filem ini dihasilkan oleh Multivision Plus (MVP) Pictures dan diedarkan oleh TGV Pictures. Mangkujiwo 2 turut telah ditayangkan sejak 9 Februari (semalam) dan menawarkan dewan tayangan Beanie, Classic, Deluxe, Indulge, Deluxe+ atau ONYX.