Tokyo Anime Award Festival 2023 (TAAF 2023) telah bermula sejak tahun lepas di mana anugerah atas talian ini menyenaraikan banyak anime untuk diundi menjadi anime/animasi kegemaran peminat nombor satu. Menariknya, siri animasi tempatan iaitu Mechamato yang dihasilkan oleh Monsta telah tersenarai sebagai calon untuk kategori Anime Fans Award.

Hari ini, CEO Monsta Nizam Abd Razak berkongsi yang Mechamato telah menjadi animasi nombor satu dan pemenang dalam Anime Fans Award TAAF 2023.

Tempat kedua jatuh kepada Uta no Prince Sama Maji Love STARISH Tours, dan tempat ketiga pula adalah Tiger & Bunny 2. Terdapat 50 senarai anime dan animasi, dan majoriti dibangunkan oleh studio Jepun untuk anugerah di Tokyo, Jepun – tetapi yang menjadi juara adalah Mechamato animasi tempatan.

Tahniah diucapkan kepada Mechamato dan Monsta!.

Sohor Kini