Durioo+ iaitu platform penstriman video tempatan yang memfokuskan kandungan islamik untuk kanak-kanak semakin hari menjadi semakin popular. Platform ini bekerjasama dengan banyak studio dalam dan luar negara untuk menjadikan platform ini digunakan oleh ramai ibu bapa untuk dijadikan sebagai hiburan baik kepada anak-anak.

Terkini, Sinan Ismail selaku pengasas Durioo+ mengacah kehadiran siri animasi baharu “A**f & A**s” dengan bayangan dua watak. Bagi yang mengikuti perkembangan Durioo+ dan banyak kandungan islamik lain pasti akan mengenali siapakah watak ini.

Mereka adalah Alif & Anis watak popular dari Majalan Aulad. Di dalam majalah ini terdapat segmen komik alif anis yang mengisahkan kanak-kanak di sebuah tadika memberi pengajaran kepada para pembaca. Tiada butiran lagi mengenai siri animasi ini, mereka yang mengikuti dan membaca majalah ini pasti tidak sabar akan kehadiran siri animasi di Durioo+ nanti.

Sohor Kini