I Know What You Did Last Summer adalah filem bunuh-membunuh yang klasik. Filem ini ditayangkan pada tahun 1997 dan merupakan adaptasi daripada novel tahun 1973 karya Lois Duncan. Filem ini mengisahkan sekumpulan remaja yang menyebabkan satu kemalangan dan kematian seseorang. Tetapi mereka merahsiakan kejadian ini dan hari demi hari rahsia mereka terbongkar dan masing-masing diburu oleh pembunuh misteri.

Tiga tahun lepas ada kami laporkan yang Amazon ingin mengadaptasi filem ini menjadi siri TV di Prime Video. Kini laporan THR menyatakan, Sony Pictures ingin hadir dengan filem sekuel pula.

Filem ini dilaporkan akan mengembalikan pelakon Jennifer Love-Hewitt dan Freddie Prinze Jr. untuk memainkan watak yang sama seperti sebelum ini. Filem sekuel I Know What You Did Last Summer ini akan diarahkan oleh Jennifer Kaytin Robinson, iaitu salah seorang penulis Thor: Love and Thunder.

Masih tiada butiran lagi mengenai jalan cerita filem ini. Tetapi sehingga hari ini sudah ada tiga filem dalam francais ini termasuk dua sekuel tahun 1998 dan 2006 I Still Know What You Did Last Summer dan I’ll Always Know What You Did Last Summer.

Sohor Kini